Patung lilin Ed Sheeran di kafe kucing - Bintang Global | mStar

Patung lilin Ed Sheeran di kafe kucing

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 5:40 AM

Patung lilin terbaharu Ed Sheeran sedang dipamerkan di sebuah kafe kucing di London.

(Ubah saiz teks)

MUZIUM Madame Tussaud London menghasilkan sebuah lagi patung lilin Ed Sheeran dengan membuat beberapa penambahan tatu pada badan replika penyanyi terkenal itu.

Daily Mail melaporkan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat patung lilin itu, ia ditempatkan di sebuah kafe bertemakan kucing iaitu Lady Dinah's Cat Emporium, London selama seminggu.

Pihak pengurusan Madame Tussaud memilih kafe itu kerana Ed adalah pencinta kucing selain lokasi itu terletak di kawasan popular di London.

Patung asal Ed dibuat pada 2015 namun ia telah dikemas kini dengan penampilan semasanya.

Tags / Kata Kunci: Ed Sheeran
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan