Louis Koo tak boleh lupa diminta basuh ular - Bintang Global | mStar

Louis Koo tak boleh lupa diminta basuh ular

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 5:30 AM

Louis pernah mencuba pelbagai pekerjaan sebelum bergelar artis.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Hong Kong, Louis Koo mendedahkan pernah bekerja sebagai pencuci pingan di sebuah restoran sebelum dia bergelar artis.

Louis memberitahu dia juga pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk kerja buruh, pengawal keselamatan dan jurujual.

Namun perkara yang paling tidak boleh dilupakan ketika bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dia diminta untuk membasuh ular.

Menurut laporan Jaynestar.com, sehingga hari ini, dia masih ingat bau busuk ular itu.

Louis menyertai TVB pada tahun 1993 dan membintangi beberapa drama hit seperti The Condor Heroes 95 dan Cold Blood Warm Heart.

Tags / Kata Kunci: Louis Koo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan