Niall Horan akui sukar hubungi Zayn Malik - Bintang Global | mStar

Niall Horan akui sukar hubungi Zayn Malik

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 4:45 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli kumpulan One Direction iaitu Niall Horan mendedahkan sukar untuk menghubungi rakannya iaitu penyanyi Zayn Malik selepas kumpulan tersebut dibubarkan.

Seperti dipetik Female First, Niall berkata dia tidak dapat mengesan penyanyi itu sejak kali terakhir berhubung pada tiga minggu lalu.

"Saya menghubunginya kira-kira tiga minggu lalu, banyak berbual dan mesej bertanya khabar dan selepas itu dia hilang. Dia seorang yang suka bertukar nombor telefon dan saya tidak tahu nombor terbaharu dia," ujarnya.

Zayn Malik

Dalam pada itu, Niall berkata, dia masih berhubung dengan ahli yang lain dan mengetahui tentang perkembangan masing-masing.

"Harry Styles kini sibuk dengan jelajah, Louis Tomlinson sedang mencipta lagu, Liam dan Payne kini berada di Mexico. Cuma Zayn saya tidak tahu dia berada di mana," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zayn Malik , Naill Horan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan