Kanye West dedah hidap penyakit mental - Bintang Global | mStar

Kanye West dedah hidap penyakit mental

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2018 4:30 AM

Kanye West mendedahkan dia menghidap penyakit mental yang disifatkan sebagai kuasa luar biasa.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Kanye West mendedahkan dia disahkan menghidap penyakit mental pada tahun lalu.

Dedah Kanye, 40, dia sebenarnya sudah lama mengalami masalah tersebut namun hanya mula mendapatkan bantuan kerana ingin berhadapan dengan penyakit tersebut.

Bagaimanapun suami Kim Kardashian itu tidak mendedahkan secara lanjut mengenai masalah mental yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Kanye berkata, dia tidak pernah melihat penyakit itu sebagai satu kecacatan atau kelemahan sebaliknya menyifatkan ia memberi banyak kelebihan kepadanya.

"Ia bukan kekurangan tetapi kuasa luar biasa," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Sementara itu, Kanye memberitahu menerusi album terbaharunya, Ye dia banyak berbicara mengenai penyakitnya itu.

Tags / Kata Kunci: Kanye West
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan