Gigi Hadid kembali ke pangkuan Zayn Malik - Bintang Global | mStar

Gigi Hadid kembali ke pangkuan Zayn Malik

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2018 4:35 AM

Zayn Malik dan Gigi Hadid kembali menjalinkan hubungan selepas mengumumkan perpisahan mereka pada Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN model Gigi Hadid memuat naik gambar bersama bekas teman lelakinya, penyanyi Zayn Malik di Instagram menimbulkan tanda tanya peminat mengenai status hubungan mereka.

Ramai menyangka pasangan itu sudah kembali bersama apabila gambar tersebut memperlihatkan Gigi baring di paha Zayn yang mungkin memberi maksud hubungan itu kembali jernih.

Pasangan itu pada Mac lalu mengumumkan perpisahan mereka namun akan tetap menyokong antara satu sama lain.

Zayn dalam satu temu bual memberitahu Gigi adalah seorang yang lemah lembut, penyayang dan membawa erti kepada hidupnya.

Tags / Kata Kunci: Zayn Malik , Gigi Hadid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan