Kylie Jenner hadiahkan beg LV kepada peminat setia - Bintang Global | mStar

Kylie Jenner hadiahkan beg LV kepada peminat setia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 4:10 AM

Kylie Jenner bergambar dengan peminat setianya, Johnny Cyrus.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti dan model, Kylie Jenner menghadiahkan sebuah beg sandang jenama mewah, Louis Vuitton (LV) kepada salah seorang peminat setianya.

Peminat bertuah itu, Johnny Cyrus sanggup datang dari Milwaukee, Amerika Syarikat ke San Franscisco semata-mata untuk menghadiri pembukaan butik kosmetik adik Kim Kardashian itu, Kylie Cosmetics.

Johnny memandu dari Milwaukee yang mengambil masa 32 jam untuk ke San Franscisco.

Johnny bersama beg sandang yang dihadiahkan oleh Kylie.

Bukan sekadar itu, bagi membuktikan dia adalah peminat setianya, Johnny turut mencacah tatu simbol lipstik Kylie di lengannya.

Johnny yang juga Instafamous mempunyai kira-kira 150,000 pengikut di Instagram gembira apabila apabila menerima hadiah beg sandang yang dianggarkan bernilai US$2,000 (RM8,000).

Dalam pada itu, Johnny menerusi Instagramnya turut berkongsi pengalaman gembira itu dengan pengikutnya selain memuat naik gambar beg sandang yang dihadiahkan oleh Kylie.

Tags / Kata Kunci: Kylie Jenner , Louis Vuitton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan