Komen lucah Katy Perry buat Orlando Bloom - Bintang Global | mStar

Komen lucah Katy Perry buat Orlando Bloom

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2018 6:15 AM

Katy Perry secara tidak sengaja menghantar mesej berbaur lucah kepada teman lelakinya, Orlando Bloom di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Katy Perry secara tidak sengaja meninggalkan komen berbaur lucah kepada teman lelakinya, Orlando Bloom di Instagram.

Katy secara bergurau memberitahu dia teruja melihat bahagian punggung aktor itu sebelum memadam komen tersebut.

Penyanyi lagu Firework itu menjelaskan dia sebenarnya ingin meninggalkan mesej secara peribadi kepada Orlando namun tidak menyangka dia menulis komen di ruang terbuka.

Katy mengesahkan dia dan Orlando kembali bersama selepas berpisah tahun lalu.

"Saya sebenarnya ingin menghantar mesej itu secara peribadi," ujarnya.

Dalam pada itu, tindakan Katy itu dikatakan sebagai ingin menghangatkan hubungannya dengan Orlando yang sudah kembali terjalin sejak Januari lalu.

Pasangan itu juga dilihat bercuti di Malvides pada Januari sebelum ke Prague tiga bulan kemudian dan pada April lalu Katy mengakui dia sudah kembali ke pangkuan Orlando selepas berpisah tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry , Orlando Bloom
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan