Camila Cabello masuk hospital kerana kepenatan - Bintang Global | mStar

Camila Cabello masuk hospital kerana kepenatan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2018 5:40 AM

Camila Cabello dimasukkan ke hospital kerana mengalami kepenatan dan demam panas.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Camila Cabello terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus selepas membuat kemunculan di Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMAs 2018) yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, Camila mengalami keletihan melampau berikutan tidak mendapat rehat yang cukup selain mengadakan dua persembahan di BBMAs 2018.

Penyanyi itu turut mengalami demam panas dan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

Camila terpaksa membatalkan kemunculan sebagai artis pembukaan konsert Taylor Swift.

Disebabkan perkara itu, Camila terpaksa membatalkan kemunculannya sebagai penyanyi pembukaan konsert Taylor Swift di Seattle pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Camila menerusi Twitter turut menjelaskan ketika berada di BBMA2 2018 lagi dia sudah berasa tidak sihat.

"Sejurus selepas selesai mengadakan persembahan saya terus ke hospital dan doktor membuat pelbagai pemeriksaan bagi memastikan keadaan saya tidak serius.

"Saya berjanji akan menjaga diri saya dengan lebih baik selepas ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Camila Cabello
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan