Anak David Beckham sertai uji bakat artis Kpop - Bintang Global | mStar

Anak David Beckham sertai uji bakat artis Kpop

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 5:29 AM

(Ubah saiz teks)

ANAK ketiga kepada bekas pemain bola terkenal David Beckham dan penyanyi Victoria iaitu Cruz dikatakan menghadiri uji bakat di agensi Korea Selatan.

Cruz yang kini berusia 13 tahun mencuba nasib dalam uji bakat yang diadakan oleh pengurusan Stardium bagi mencari bakat baharu untuk menjadi idola KPop.

Seperti dipetik Sompi, agensi tersebut mencari bakat baharu untuk digabungkan menjadi sebuah kumpulan baharu dengan 10 orang ahli.

Bagaimanapun, agensi berkenaan masih belum mengesahkan perkara tersebut.

"Ada berita dalam kalangan netizen bahawa anak David Beckham menyertai uji bakat yang kami anjurkan.

"Kami cuba membuat pemeriksaan itu, setakat ini dipastikan bukan orang Korea sahaja yang datang, malah banyak warganegara lain juga," ujar wakil agensi.

Tags / Kata Kunci: David Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan