Aishwarya Rai buka akaun Instagram - Bintang Global | mStar

Aishwarya Rai buka akaun Instagram

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Bollywood Aishwarya Rai akhirnya membuka akaun Instagram dengan nama @aishwaryaraibachchan_arb.

Bekas Miss World itu dibuat sempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu.

Perkara itu diberitahu kepada media Bollywoodlife.com.

Pengurusan artres itu mengesahkan bahawa ia adalah akaun rasmi, biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Instagram.

Aishwarya hadir ke festival tersebut bersama anaknya, Aaradhya Bachchan dan ibunya.

Sehingga kini akaun itu sudah pun mencecah hampir 900,000 pengikut. Dia juga memuat naik sebanyak 29 gambar.

Tags / Kata Kunci: Aishwarya Rai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan