Kirsten Dunst timang anak pertama - Bintang Global | mStar

Kirsten Dunst timang anak pertama

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2018 5:40 AM

Kristen Dunst dan tunangnya, Jesse Plemons dapat bayi lelaki.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kristen Dunst selamat menimang cahaya mata pertama hujung minggu lalu hasil hubungannya dengan tunangnya aktor Jesse Plemons.

People melaporkan pasangan itu dikurniakan bayi lelaki dan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan pada 2016 ketika bekerjasama dalam drama bersiri Fargo musim kedua.

Menerusi siri itu mereka membawa watak sebagai pasangan suami-isteri.

Kristen dan Jesse mengikat tali pertunangan pada Januari tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Kristen Dunst
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan