Surau Allahyarhamah Julia Perez hampir siap - Bintang Global | mStar

Surau Allahyarhamah Julia Perez hampir siap

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2018 5:30 AM

Julia meninggal dunia pada 10 Jun tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SURAU Ar-Rahma yang dibina oleh Allahyarham Julia Perez dilaporkan hampir siap sepenuhnya.

Rumah ibadat yang terletak di kawasan Serang, Banten, Indonesia itu menjadi kemudahan baharu buat warga tempatan.

Adik Julia, Nia Anggia memberitahu Detik Hot, penduduk tempatan sangat gembira dan menyambut mereka dengan baik ketika datang buat pertama kali ke tempat tersebut.

"Warga setempat baik sangat dan kami disambut dengan meriah. Mereka luar biasa kerana pertama kali kami datang ke sana tapi dilayan dengan sangat baik.

"Kami diberi pelbagai makanan yang sedap," ujarnya.

Nia berharap surau itu dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung tersebut dan dijadikan solat tarawih pada bulan Ramadan yang hampir tiba.

"Walaupun surau tidaklah terlalu besar tapi cukup untuk penduduk setempat mengerjakan ibadah. Saya harap ia dapat digunakan sebaik mungkin.

"Semoga surau itu sentiasa digunakan dan mendoakan arwah Jupe," ujarnya.

Dia juga berhasrat untuk mengadakan kenduri tahlil untuk Allahyarham selepas surau itu boleh digunakan.

Pelakon dan penyanyi Indonesia Julia Perez meninggal dunia pada 10 Jun tahun lalu selepas tiga tahun melawan penyakit kanser servik.


Tags / Kata Kunci: Julia Perez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan