Scarlett Johansson tayang kekasih dan tatu baharu - Bintang Global | mStar

Scarlett Johansson tayang kekasih dan tatu baharu

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Scarlett Johansson buat pertama kalinya berjalan bersama kekasih Colin Jost di karpet merah pada tayangan perdana filem Avengers: Infinity War, malam Isnin.

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga mempamerkan tatu baharu di bahagian belakang badannya yang terdedah.

Seperti dipetik US Magazine, Scarlett juga memiliki tatu di bahagian pergelangan tangan, lengan dan kaki.

Pada acara itu, terpapar kebahagian di wajah wanita berkenaan apabila didampingi kekasih.

Scarlett Johansson dan Colin Jost menjalinkan hubungan cinta sejak Mei tahun lalu, namun memilih untuk merahsiakan hubungan itu.

Pelakon itu pernah berkahwin dengan jurufoto Romain Dauriac pada 2014 dan bercerai pada awal tahun 2017.

Tags / Kata Kunci: Scarlett Johansson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan