Kim Kardashian minta Khloe pilih keluarga atau kekasih - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian minta Khloe pilih keluarga atau kekasih

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2018 5:30 AM

Kim berang Tristan curang ketika Khloe sedang hamil.

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI TV, Kim Kardashian meluahkan rasa kesal apabila kekasih Khloe, Tristan Thompson berlaku curang ketika adiknya itu sedang hamil.

Menurut laporan Ace Showbiz, tindakan yang dilakukan Tristan seolah-oleh mencalarkan imej keluarga mereka.

"Kim memberikan kata putus kepada adiknya sama ada memilih kekasihnya itu ataupun keluarga mereka.

"Kim juga meluahkan rasa marahnya apabila sikap Tristan yang curang terhadap adiknya ketika dia sedang hamil adalah tindakan yang melampau.

"Tristan juga dikatakan telah memburukkan imej keluarga Kardashian kerana kontroversi yang melanda ini.

"Sebagai seorang kakak Kim juga tidak kisah adiknya berpisah dengan Tristan selepas ini walaupun mereka telah mempunyai anak bersama," kata sumber.

Khloe Kardashian mempunyai seorang anak, True Thompson yang dilahirkan pada 13 April lalu.

Terdahulu, pasangan ini menjadi kontroversi apabila Tristan didapati curang tahun lalu ketika usia kandungan Khloe mencecah tiga bulan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan