Celak mata buat Sarah Jessica Parker terus hidup! - Bintang Global | mStar

Celak mata buat Sarah Jessica Parker terus hidup!

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 5:40 AM

Sarah Jessica Parker tak boleh hidup tanpa celak mata.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sarah Jessica Parker mendedahkan dia tidak boleh hidup tanpa celak mata dan akan memastikan sentiasa memakainya pada setiap masa.

Sarah memberitahu People, dia tidak kisah sekiranya dilihat tidak memakai alat solek di tempat awam dan celak mata sudah mencukupi untuk membuatkan berasa yakin.

"Saya sentiasa membawa celak mata bersama sama... kerana kebiasaannya saya tidak mengenakan solekan ketika keluar dan cukup sekadar celak mata," katanya.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan walaupun namanya sinonim dengan watak Carrie Bradshaw dalam siri Sex and the City namun dia sebenarnya tidak tahu mengenai trend semasa dunia fesyen.

Malah dia secara peribadi tidak menyukai semua pakaian yang dipilih untuknya dalam siri berkenaan yang memperlihatkan dia seorang wanita berkerjaya dan sofisikated.

Tags / Kata Kunci: Sarah Jessica Parker
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan