Yulia bukan perampas, kenal Opick selepas dia cerai isteri pertama - Bintang Global | mStar

Yulia bukan perampas, kenal Opick selepas dia cerai isteri pertama

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 5:40 AM

Yulia didakwa sudah berkahwin dengan Opick.

(Ubah saiz teks)

AHLI politik yang juga didakwa isteri ketiga penyanyi Opick iaitu Yulia Mochamad akhirnya menafikan dia punca kepada keruntuhan rumah tangga penyanyi itu dengan isteri pertama iaitu Dian Rositaningrum.

Yulia menerusi Instgramnya mendedahkan bahawa dia mengenali penyanyi lagu Tombo Ati itu ketika perkahwinan pasangan itu sudah pun berakhir.

"Tolong jangan kaitkan masalah perceraian Opick dan isteri pertamanya dengan saya kerana saya kenal Opick diakhir tahun 2017 ketika dia sudah tidak tinggal satu rumah lagi dengan isteri pertamanya.

"Jauh dari sebelum saya kenal dengan beliau dan secara agamanya mereka sudah sah bercerai. Yang saya tahu saat ini mereka hanya mengesahkan perceraian mereka secara undang-undang.

"Alasan mereka bercerai juga bukan kerana saya," tulisnya.

Status Yulia.

Dia juga meminta masyarakat tidak menuduhnya sebagai perampas dan perosak rumah tangga pasangan itu.

Menerusi status lain, Yulia turut meminta pendapat netizen terhadap perasaan anak-anaknya apabila dituduh sebagai perampas.

"Apa kalian fikirkan ketika melihat kedua anak saya ini? Apa yang anda lakukan ketika kalian di posisi saya?" tulisnya.

Rabu lalu, Opick dan isteri pertamanya membuat keputusan dalam sidang pendamaian di Pengadilan Agama Jakarta Timur.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga lebih 16 tahun itu dilakukan kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin.

Opick dilaporkan berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua Wulan Mayasari Hanis Sudiyono pada tahun lalu, bagaimanapun wanita itu meninggal dunia pada 18 Mac lalu.

Dalam pada itu beberapa media Indonesia melaporkan dakwaan Opick mempunyai isteri ketiga iaitu Yuliast Mochamad namun tiada pihak mahu mengesahkannya.

Wanita itu dikatakan anggota Dewan Perwakilan Rakyat.

Tags / Kata Kunci: Opick
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan