Mariah Carey dedah hidap penyakit mental - Bintang Global | mStar

Mariah Carey dedah hidap penyakit mental

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2018 5:40 AM

Mariah Carey mendedahkan dia menghidap gangguan bipolar jenis II sejak 17 tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Mariah Carey mengejutkan dunia hiburan apabila mendedahkan dia menghidap penyakit mental iaitu gangguan bipolar jenis II.

Bercakap secara eksklusif kepada majalah People, Mariah, 48, berkata dia menderita penyakit itu sejak tahun 2001 selepas dimasukkan ke hospital akibat tekanan melampau ketika itu.

"Saya memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana sedar stigma masyarakat terhadap diri saya dan ia juga berpotensi memusnahkan karier seni saya. Saya ketakutan akan kehilangan segala-galanya.

"Sepanjang tempoh itu saya hidup dalam kepura-puraan dan terasing selain bimbang akan ada orang mendedahkan mengenai penyakit saya kepada umum," katanya.

Keluarga adalah perkara utama dalam kehidupan Mariah.

Dalam pada itu, Mariah menyifatkan penyakit itu sebagai beban sehingga satu tahap dia tidak lagi mampu menanggungnya.

Dedah Mariah, ketika doktor mula-mula mengdiagnos penyakitnya itu dia tidak boleh menerima keadaan itu namun mula mendapatkan bantuan.

"Kehidupan saya kini lebih baik kerana saya dapatkan bantuan selain memastikan saya dikelilingi oleh individu yang positif, banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan paling utama muzik sebagai penyelamat saya," jelasnya.

Mariah turut menjalani terapi selain mengambil ubat-ubatan bagi gangguan bipolar II yang antara lain menyebabkan emosi mudah terganggu dan kemurungan.

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan