Opick bakal cerai isteri pertama namun didakwa ada isteri ketiga - Bintang Global | mStar

Opick bakal cerai isteri pertama namun didakwa ada isteri ketiga

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2018 5:20 AM

(Ubah saiz teks)

RUMAH TANGGA yang dibina lebih 16 tahun antara penyanyi lagu ketuhanan Opick dan isterinya Dian Rositaningrum tidak dapat diselamatkan selepas mereka membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

Pasangan yang menghadiri sidang pendamaian (mediasi) pada Rabu di Pengadilan Agama Jakarta Timur itu memberitahu ia merupakan jalan terbaik untuk kebahagiaan masing-masing.

Peguam Dian iaitu Ina Rachman berkata, menerusi mediasi itu pasangan berkenaan bersetuju dengan beberapa syarat termasuk hak penjagaan anak diberikan kepada Dian.

"Alhamdulillah sudah selesai kedua-dua mahu bercerai dan anak-anak akan berada di bawah penjagaan Dian.

Selain itu, dalam persetujuan yang sama, Opick akan membiayai perbelanjaan dan nafkah untuk anak-anak mereka.

Proses perceraian akan berlangsung pada 17 April depan.

Sebelum ini, isteri pertamanya itu memfailkan cerai pada awal Mac lalu selepas tinggal sebumbung.

Keputusan tersebut dilakukan kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin.

Diana dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.

Opick dilaporkan berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua Wulan Mayasari Hanis Sudiyono pada tahun lalu, bagaimanapun wanita itu meninggal dunia pada 18 Mac lalu.

Dalam pada itu beberapa media Indonesia melaporkan dakwaan Opick mempunyai isteri ketiga iaitu Yuliast Mochamad namun tiada pihak mahu mengesahkannya.

Wanita itu dikatakan anggota Dewan Perwakilan Rakyat.

Tags / Kata Kunci: Opick
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan