Krisdayanti buat pembedahan lasik RM19,000 - Bintang Global | mStar

Krisdayanti buat pembedahan lasik RM19,000

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2018 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti kini boleh melihat secara normal tanpa menggunakan cermin mata selepas menjalani pembedahan lasik di Singapura baru-baru ini.

Isteri kepada usahawan Raul Lemos itu membelanjakan sebanyak SGD6500 iaitu RM19,219 bagi pembedahan tersebut.

Seperti dipetik Kapan Lagi, penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia yang terpaksa bergantung kepada cermin mata selama 32 tahun itu gembira dan menganggap ia sebagai hadiah ulang tahun perkahwinannya yang ke-7.

"Saya menjalani pembedahan di Singapura bukan bererti tidak menghargai doktor di Indonesia tapi atas cadangan seorang rakan di sana.

"Saya buat persiapan kurang sebulan dan Alhamdulillah prosesnya sangat cepat dan tidak menyakitkan," ujarnya.

Pembedahan mata 'Laserassisted in-situ keratomileusis' atau lebih dikenali sebagai Lasik adalah prosedur membetulkan semula beberapa masalah penglihatan dan mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan cermin mata atau kanta lekap.

Krisdayanti juga berkata, kos rawatan tersebut lebih murah dan berbaloi dengan hasil yang sangat memuaskan.

Dia mengakui kini sudah boleh melihat dan membaca dengan jelas tanpa bantuan cermin mata.

"Saya takut dengan pembedahan kerana suntik sahaja sudah sakit inikan pula pembedahan dilakukan dalam keadaan sedar," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Krisdayanti
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan