Cardi B hamil anak pertama - Bintang Global | mStar

Cardi B hamil anak pertama

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2018 5:40 AM

Cardi B mengumumkan kehamilannya ketika muncul mengadakan persembahan menerusi program Saturday Night Live pada Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS beberapa kali menyangkal dakwaan dirinya sedang hamil, penyanyi rap Cardi B akhirnya mengesahkan dirinya sedang berbadan dua.

E! Online melaporkan Cardi, 25, membuat pengumuman itu apabila menayang perutnya ketika membuat persembahan menerusi program Saturday Night Live pada malam Sabtu lalu.

Memakai gaun ketat berwarna putih, penyanyi lagu Bodak Yellow itu menjadi tumpuan apabila muncul dengan perut yang membesar ketika menyanyikan single terbaharunya, Be Careful.

Cardi B dan Offset mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

Ia adalah anak hasil hubungannya dengan penyanyi rap, Offset daripada kumpulan Migos.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu selepas Offset melamarnya dihadapan peminat.

Offset, 26, sudah pun mempunyai tiga anak lain daripada hubungannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Cardi menerusi Instagramnya memberitahu teruja bakal bergelar ibu tidak lama lagi dan berterima kasih atas doa diberikan oleh peminat.

Tags / Kata Kunci: Cardi B , Offset
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan