Bekas Suami Kejar Wang Britney Spears - Bintang Global | mStar

Bekas Suami Kejar Wang Britney Spears

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 5:40 AM

Kevin Faderline dan Britney Spears bercerai pada 2007.

(Ubah saiz teks)

BEKAS suami bintang terkenal Britney Spears iaitu Kevin Federline dilaporkan meminta penyanyi itu menambah nafkah dua anak mereka yang bawah jagaannya.

TMZ melaporkan sejak bercerai pada 2007, Britney memberi AS$20,000 (RM80,000) kepada Kevin setiap bulan bagi menguruskan keperluan anak-anak mereka namun lelaki itu kini mendakwa wang diberikan itu tidak mencukupi.

Bapa Britney, Jamie Spears berang dengan tuntutan yang dibuat oleh Kevin dan mempersoalkan sama ada wang yang diberikan oleh anaknya digunakan untuk kebajikan cucunya atau pun tidak?

Kevin turut mengupah peguam untuk membuat tuntutan itu dan memberi alasan peningkatan usia dua anak-anaknya, Sean, 12, dan Jayden, 11, sebagai alasan kepada tuntutannya itu.

Anak lelaki Britney, Sean dan Jayden.

Bekas penari itu memberitahu dia ingin mengekalkan gaya hidup mewah yang diberikan oleh Britney apabila mereka bersamanya.

Untuk tujuan itu, dia memerlukan lebih banyak wang agar kehidupan Sean dan Jayden setaraf apabila mereka dibawah jagaannya.

Bagaimanapun Jamie yang juga penasihat kewangan Britney menegaskan cucunya itu tidak memerlukan kemewahan dan meminta Kevin menyenaraikan keperluan yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, Britney pernah membayar Kevin sebanyak AS$1.3 juta (RM5.2 juta) sebagai wang saraan diri selama beberapa tahun.

Tags / Kata Kunci: Britney Spears , Kevin Federline
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan