Ariana Grande Dikatakan 'Hilang' Kerana Sorok Kehamilan - Bintang Global | mStar

Ariana Grande Dikatakan 'Hilang' Kerana Sorok Kehamilan

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 5:30 AM

Ariana dikatakan sedang hamil anak kekasihnya iaitu Mac Miller.

(Ubah saiz teks)

KEHILANGAN penyanyi Ariana Grande daripada medium media sosial sejak Disember tahun lalu menyebabkan para peminatnya tertanya-tanya.

Lebih buruk ramai menyangka Ariana tidak aktif di Instagram dan Twitter kerana ingin menyembunyikan kehamilannya.

Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya Ariana 'hilang' kerana ingin berehat daripada dunia siber buat seketika.

"Ariana berehat sebentar daripada media sosial bukan kerana hamil anak kekasihnya, Mac Miller.

"Apabila tiba masa sesuai seperti ada album terbaru dan konsert jelajah dia pasti akan umumkan kepada peminat dan kembali aktif di lnstagram dan Twitter," kata sumber seperti dilaporkan HollywoodLife.

Sumber itu turut memberitahu, Ariana juga masih lagi dalam proses memulihkan semangatnya selepas mengalami trauma ekoran konsertnya di Manchaster, United Kingdom diserang pengebom berani mati sehingga mengorbankan 22 orang dan mencederakan lebih 110 peminat.

Tags / Kata Kunci: Ariana Grande
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan