Rihanna Berang Jadi Bahan Jenaka Snapchat - Bintang Global | mStar

Rihanna Berang Jadi Bahan Jenaka Snapchat

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 5:00 AM

Rihanna
(Ubah saiz teks)

SELEPAS saham turun mendadak akibat kenyataan Kylie Jenner, Aplikasi Snapchat kali ini mencetuskan kemarahan artis popular Rihanna.

Iklan aplikasi itu berbentuk pertanyaan meminta pengguna memilih untuk menampar Rihanna atau menumbuk Chris Brown telah menimbulkan rasa kurang senang penyanyi lagu Umbrella itu.

Bagaimanapun, Snapchat sudah mengeluarkan permohonan maaf atas perkara yang turut menimbulkan kemarahan peminat kedua-dua selebriti ini.

Rata-rata netizen menganggap ia sebagai tidak sensitif dan bersifat kurang ajar.

Sementara itu, Rihanna menerusi instagramnya memberitahu dia tidak menerima permohonan maaf tersebut.

Rihanna yang pernah berhadapan dengan kes keganasan oleh Chris Brown ketika mereka menjadi pasangan kekasih pada tahun 2009 itu menganggap ia bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Chris Brown juga sudah melalui proses hukuman selama lima tahun melakukan kerja sosial dan kaunseling terhadap perbuatannya.

"Snapchat bukan aplikasi kegemaranku! Aku ingin tahu apa yang kamu dapat daripada perkara ini! kamu menghabiskan wang untuk membuat animasi yang menjadikan mangsa kekerasan sebagai bahan jenaka," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Rihanna
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan