Meghan King Edmonds Tiru Foto Hamil Beyonce - Bintang Global | mStar

Meghan King Edmonds Tiru Foto Hamil Beyonce

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA terlalu meminati Beyonce, aktres Amerika Syarikat iaitu Meghan King Edmonds meniru foto kehamilan yang pernah dilakukan penyanyi itu.

Menerusi akaun Instagram miliknya @meghankedmonds, dia memuat naik foto seakan-akan Beyonce ketika merakam kehamilan anak kembarnya.

"Kalau saya tidak boleh menjadi Beyonce, saya akan tetap menjadi diriku sendiri," tulisnya pada kapsyen tersebut.

Kombinasi warna dalam foto Beyonce iaitu biru langit dan bunga-bunga besar dianggap unik dan sempurna.

Ia berbeza dengan foto kehamilan yang kebiasaannya menggunakan warna-warna lembut.

Foto Meghan yang dimuat naik sejak Rabu telah menimbulkan reaksi positif dan negatif peminat-peminat Beyonce.

Tags / Kata Kunci: Beyonce
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan