Lelaki Terkejut Terima 'Hadiah' Ciuman Daripada Katy Perry - Bintang Global | mStar

Lelaki Terkejut Terima 'Hadiah' Ciuman Daripada Katy Perry

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2018 5:15 AM

Katy Perry memberikan ciuman kepada salah seorang peserta uji bakat American Idol. Foto Instagram @katyperry

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Katy Perry membuat kejutan apabila menghadiahkan ciuman istimewa kepada salah seorang peserta rancangan realiti American Idol, baru-baru ini.

Menurut portal People, lelaki tersebut yang dikenali Benjamin Glaze tergamam apabila menerima 'hadiah' istimewa daripada idolanya itu.

"Semasa ujibakat itu, saya berkata sepanjang 19 tahun hidup, saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta.

"Saya juga beritahu tidak pernah ada kekasih dan hanya akan mencium seseorang jika sudah mempunyai ikatan sah.

Benjamin terkejut menerima ciuman daripada Katy Perry.

"Tiba-tiba, Katy minta saya mendekati mejanya dan dengan pantas dia mencium saya," katanya.

Benjamin berkata dia terjatuh ke lantai kerana tidak menyangka reaksi spontan Katy ketika itu.

Meskipun tidak berjaya dalam uji bakat tersebut, Benjamin menganggap ia sebagai satu pengalaman indah dalam hidupnya.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry , American Idol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan