Kim Kardashian Tak Berbaju Sambil Makan Mi - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian Tak Berbaju Sambil Makan Mi

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2018 5:40 AM

Kim memuat naik gambar dirinya sedang menikmati mi sambil tidak berbaju di Instagram.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti Kim Kardashian mendapat perhatian pengikut Instagramnya apabila dia memuat naik gambar yang memperlihatkan dia tidak memakai baju sambil menikmati mi.

Kim berkongsi gambar itu ketika dia berada di Tokyo, Jepun bersama dua adik-beradiknya iaitu Kourtney Kardashian dan Khloe Kardashian.

Menerusi foto itu, Kim, 37, dilihat memegang buah dadanya yang ditutupi oleh rambutnya sambil menghirup mi menggunakan kayu penyepit.

Menerusi ruangan komen pada gambar itu ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Kim selain ada pula merasakan foto itu sebagai sesuatu yang lucu.

"Rupa-rupanya kita telah menikmati mi dengan cara yang salah sebelum ini!," tulis salah seorang pengikutnya.

Untuk rekod, Kim mempunyai 108 juta pengikut.

Tags / Kata Kunci: Kim Kardashian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan