Nicky Minaj ‘Muncul’ Semula Selepas Dua Bulan Menghilang - Bintang Global | mStar

Nicky Minaj ‘Muncul’ Semula Selepas Dua Bulan Menghilang

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 5:30 AM

Nicky Minaj dilihat menghadiri jamuan makan malam bersama Jay-Z dan Beyonce.

(Ubah saiz teks)

KALI terakhir penyanyi Nicky Minaj membuat kemunculan di khayalak pada 30 Disember tahun lalu.

Malah, dia juga tidak ada memuat naik sebarang gambar atau maklumat terkini di laman sosialnya sejak dari itu.

Terbaru, jurugambar bebas merakam foto terkini Nicky Minaj ketika berada di Chateau Marmont Hotel, Los Angelas untuk jamuan makan malam yang diadakan oleh Jay-Z dan Beyonce.

Jurugambar bebas sempat merakam foto terkini Nicky Minaj.

Sebelum ini, Nicky Minaj dikatakan sedang hamil anak pertamanya dengan bekas kekasihnya, Nas.

Namun, sehingga kini penyanyi wanita itu tidak pernah mendedahkan siapa bapa sebenar bakal bayi sulungnya itu.

Tags / Kata Kunci: Nicky Minaj , Nas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan