Lorde Dipanggil Pengotor Kerana Masalah Jerawat - Bintang Global | mStar

Lorde Dipanggil Pengotor Kerana Masalah Jerawat

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2018 5:40 AM

Lorde mengakui masalah jerawat dialaminya telah menyebabkan dia dihina sebagai pengotor.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lorde mengakui ramai menyangka dia adalah seorang wanita yang pengotor gara-gara wajahnya mengalami masalah jerawat.

Lorde, 21, berkata, dia sering mendapat pertanyaan sama ada dia mencuci mukanya kerana masalah jerawat dialaminya agak teruk.

Bagaimanapun kata penyanyi itu, dia tidak menghiraukan pandangan orang terhadap wajahnya kerana menyifatkan jerawat dialaminya adalah perkara biasa bagi wanita pada usianya.

"Paling menyedihkan orang menyangka saya pengotor hanya kerana wajah saya ada jerawat.

"Saya mengalami masalah jerawat sejak bertahun-tahun lalu dan sudah pelbagai cara saya gunakan tetapi ia tetap tidak hilang.

"Macam-macam tips saya dapat daripada peminat tetapi ia langsung tidak membantu dan saya telah cuba semuanya," katanya.

Dalam pada itu, Lorde berkata, dia berharap suatu hari nanti masalah tersebut dapat hilang dan memahami mana-mana individu yang mengalami masalah sama sepertinya.

Tags / Kata Kunci: Lorde
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan