Katy Perry, Orlando Bloom Kembali Bercinta - Bintang Global | mStar

Katy Perry, Orlando Bloom Kembali Bercinta

Diterbitkan: Jumaat, 16 Februari 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Orlando Bloom dan Katy Perry yang dikatakan kembali bercinta semula.

Menurut sumber, kedua-dua selebriti ini memilih untuk merahsiakan hubungan tersebut daripada perhatian umum.

"Mereka kembali bersama semula, Katy ingin perbaiki hubungan itu. Dia mencuba untuk berpisah tetapi tidak dapat melupakan Orlando.

"Dia juga sangat menyayangi pelakon itu dan sekarang hubungan mereka lebih privasi," ujarnya seperti dipetik The Sun.

Pasangan itu juga berjaya dirakam sedang bercuti dan menghabiskan masa bersama di Maldives pada Januari lalu.

Kedua-dua mereka juga dilihat kini sering memberi tanda suka (Like) pada foto di Instagram masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry , Orlando Bloom
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan