Taylor Swift Larang Penari Dengar Lagunya - Bintang Global | mStar

Taylor Swift Larang Penari Dengar Lagunya

Diterbitkan: Khamis, 15 Februari 2018 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI popular Taylor Swift mengakui dia tidak membenarkan penari-penari dalam muzik video lagu baharunya iaitu End Game mendengar lagu berkenaan.

Taylor berkata dia berbuat demikian dengan alasan tidak mahu lagu itu bocor sebelum dilancarkan secara rasmi.

Penari-penari tersebut hanya diminta membuat tarian secara asas sahaja.

"Saya meminta mereka datang untuk latihan, mereka fikir ada muzik yang akan dimainkan, namun sebenarnya tidak ada. Muzik hanya aku sahaja yang dengar.

"Mereka perlu menari tanpa mendengar muzik yang dimainkan. Ia benar-benar kerja keras," ujarnya ketika ditemubual Music News.

Tags / Kata Kunci: Taylor Swift
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan