Kylie Jenner Menyesal Mengandung Anak Travis Scott - Bintang Global | mStar

Kylie Jenner Menyesal Mengandung Anak Travis Scott

Diterbitkan: Khamis, 1 Februari 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI TV iaitu Kylie Jenner dikatakan menyesal bakal mempunyai anak dengan penyanyi rap, Travis Scott.

Menerusi laporan Acesshowbiz.com, Kylie kini mempunyai masalah untuk tidur disebabkan bimbang dengan keputusan yang dibuatnya.

“Kylie sedang dalam keadaan menyesal dengan kandungannya yang semakin hampir tarikh kelahiran.

“Dia dalam dilema untuk menentukan keputusan yang paling besar dalam hidupnya, mempunyai anak bersama Travis.

“Memandangkan hubungan dia dengan Travis kini dalam masalah. Kylie mula berfikir dia sudah buat keputusan yang salah dengan memilih untuk memiliki anak dengan orang yang tidak lagi bersamanya,” kata sumber.

Adik kepada selebriti Kim Kardashian itu bakal melahirkan anak pertamanya pada bulan Februari.

Tags / Kata Kunci: Kylie Jenner
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan