Kim Kardashian Mahu Anak Lagi! - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian Mahu Anak Lagi!

Diterbitkan: Ahad, 28 Januari 2018 5:40 AM

kim berhajat untuk memiliki seorang lagi anak menggunakan kaedah ibu tumpang.

(Ubah saiz teks)

BAHARU sahaja menimang anak ketiga pada 15 Januari lalu, bintang realiti Kim Kardashian sudah berkira-kira untuk memiliki seorang lagi cahaya mata.

People melaporkan Kim, 37, ingin menggunakan ibu tumpang sama yang mengandungkan anak perempuannya iaitu Chicago West.

"Sebelum chicago dilahirkan, Kim sudah bertanya kepada ibu tumpang Chicago sama ada dia ingin mengandungkan anaknya lagi," kata sumber.

Malah kata sumber itu, Kim dan suaminya, Kanye West berasa selesa dengan wanita yang mengandungkan anak mereka dan tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmatnya sekali lagi.

Kanye juga kini berkawan rapat dengan suami wanita itu malah mereka sama-sama masuk ke dalam bilik bersalin ketika proses kelahiran Chicago.

Tags / Kata Kunci: Kim Kardashian , Chicago West
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan