Gwyneth Paltrow Anggap Bekas Suami Seperti Adik - Bintang Global | mStar

Gwyneth Paltrow Anggap Bekas Suami Seperti Adik

Diterbitkan: Sabtu, 27 Januari 2018 5:40 AM

Gwyneth Paltrow memberitahu dia kini menganggap bekas suaminya iaitu Chris Martin sebagai seorang adik.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Hollywood, Gwyneth Paltrow menganggap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin sebagai seorang adik.

Gwyneth, 45, berkata, walaupun mereka sudah bercerai namun dia berasa lega kerana hubungan mereka masih kekal baik dan telah menganggap Chris sebagai ahli keluarganya.

"Dia seperti adik saya! Kami sangat bersifat kekeluargaan. Ia sesuatu yang bagus," katanya ketika muncul menerusi program The Late Show With Stephen Colbert baru-baru ini.

Gwyneth dan Chris, 40, berpisah pada Mac 2014 selepas sepuluh tahun berkahwin sebelum bercerai pada April 2015.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata bersama iaitu Apple, 13 dan Moses, 11.

Tags / Kata Kunci: Gwyneth Paltrow , Chris Martin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan