Shailene Woodley Kongsi Foto Kekasih - Bintang Global | mStar

Shailene Woodley Kongsi Foto Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 26 Januari 2018 5:30 AM

Shailene lebih terbuka mengenai hubungan cintanya dengan Ben Valavola.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Shailene Woodley lebih terbuka memaparkan hubungan cintanya dengan pemain rugbi, Ben Valavola.

Shailene memuat naik foto berdua dengan kekasihnya di laman Instagramnya pada Rabu ketika menghadiri acara minggu fesyen Velentino Haute Couture Spring Summer 2018.

"Teman saya untuk hari ini," tulis Shailene yang mengenakan gaun corak harimau bintang.

Terdahulu, hubungan mereka mula menjadi bualan hangat apabila pasangan ini dilihat bercumbuan pada Oktober tahun lalu.

Menerusi laporan E News! pasangan itu bertemu di Pulau Fiji, Australia ketika menjalani penggambaran filem Adrift pada tahun lalu.

Manakala Ben juga pernah meluahkan rasa cinta terhadap pelakon wanita tersebut menerusi laman Twitternya.

Tags / Kata Kunci: Shailene Woodley , Ben Valavola
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan