Anna Faris Jual Rumah Selepas Sebulan Bercerai - Bintang Global | mStar

Anna Faris Jual Rumah Selepas Sebulan Bercerai

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS sebulan bercerai secara rasmi dengan Chris Pratt, pelakon dan pelawak Anna Faris membuat keputusan untuk menjual rumah mereka.

Seperti dipetik Variety, rumah tersebut merupakan salah satu daripada dua buah kediaman miliknya.

Kediaman mewah yang terletak di kawasan elit Hollywood Hills itu berharga kira-kira RM10 juta.

Reka bentuk rumah yang dibina pada 1950-an itu mendapat sentuhan moden dan klasik serta terletak di lokasi yang sangat strategik.

Rumah tersebut juga mempunyai tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi. Lantai kayu dengan gabungan warna natural seperti putih dan coklat.

Terdapat juga kolam renang dan mini golf serta taman yang dikelilingi pokok bunga.

Tags / Kata Kunci: Chris Pratt , Anna Faris
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan