Lindsay Lohan Sibuk Bisnes Kelab Malam - Bintang Global | mStar

Lindsay Lohan Sibuk Bisnes Kelab Malam

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 5:50 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN kurang muncul di kaca televisyen, Lindsay Lohan masih menjadi perbincangan segelintir pihak terutamanya di laman sosial.

Pelakon Mean Girls itu berkata, dia sibuk dengan beberapa projek kecil di sebuah pulau di Dubai seperti dipetik majalah People.

"Saya sekarang sedang berbincang untuk mendekorasi sebuah pulau di Dubai. Banyak projek kecil saya di sana membuatkan saya benar-benar sibuk," ujarnya.

Selain itu, wanita berusia 31 tahun itu juga membuka beberapa cawangan kelab malam bernama Lohan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Bagaimanapun, Lindsay berkata, dia tidak melupakan dunia lakonan dan akan kembali jika mendapat tawaran yang baik dan berbaloi.

"Saya baru selesai penggambaran drama bersiri Sick Note dan selepas ini saya akan balik ke Dubai menguruskan bisnes di sana," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan