Golden Globe: Busana Hitam Tanda Solidariti - Bintang Global | mStar

Golden Globe: Busana Hitam Tanda Solidariti

Diterbitkan: Isnin, 8 Januari 2018 1:18 PM

Para pemenang pada Anugerah Golden Globe ke-75 tampil berpakaian hitam sebagai tanda solidariti.

(Ubah saiz teks)

ACARA karpet merah Anugerah Golden Globe ke-75 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan semua bintang terkenal Hollywood tampil mengayakan pakaian berwarna hitam.

Warna itu dipilih sebagai solidariti dan sokongan terhadap gerakan Time's Up Movement bagi menentang keganasan dan gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan penggiat seni Hollywood.

Malah pelakon lelaki juga menunjukkan sokongan dengan memilih warna sama pada acara itu.

Oprah Winfrey turut menyentuh soal gangguan seksual dalam kalangan penggiat seni dalam ucapannya.

Sementara itu, acara tahunan itu menyaksikan Drama berjudul Three Billboards Outstanding Ebbing, Missouri memenangi empat trofi termasuk Drama Terbaik dan Aktres Terbaik menerusi lakonan Frances McDormand.

Pelakon Lelaki Terbaik pula milik Gary Oldman (Darkest Hour) manakala Saoirse Ronan (Lady Bird) dan James Franco (The Disaster Artist) membawa pulang trofi Pelakon Terbaik kategori Muzikal atau Komedi.

Manakala sitkom Lady Bird pemenang Komedi Terbaik dan bagi kategori TV, siri terbitan HBO iaitu Big Little Lies membawa pulang trofi Siri Mini Terbaik.

Siri mini Big Little Lies di HBO menang besar di Golden Globe.

Pelakon Nicole Kidman turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Big Little Lies) dan Ewan McGregor (Fargo) Pelakon Lelaki Terbaik bagi Siri Mini.

Sementara itu, filem animasi Coco memenangi Filem Animasi Terbaik manakala lagu This Is Me daripada filem The Greatest Showman menang Lagu Terbaik Dalam Filem.

Anugerah Golden Globe ke-75 berlangsung di Hotel Beverly Hilton, California dan ia dihoskan oleh Seth Meyers.

Tags / Kata Kunci: Anugerah Golden Globe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan