Rob Dyrdek Timang Bayi Perempuan - Bintang Global | mStar

Rob Dyrdek Timang Bayi Perempuan

Diterbitkan: Ahad, 31 Disember 2017 5:30 AM

Keluarga bahagia Rob Dyrdek dan Bryiana Dyrdek.

(Ubah saiz teks)

PRODUSER dan pelakon Rob Dyrdek dan isterinya, Bryiana Dyrdek menyambut kehadiran bayi perempuan mereka yang diberi nama Nala Ryan Dyrdek pada Jumaat.

Rob meluahkan rasa gembira dengan kelahiran puterinya itu menerusi laman Instagramnya.

"Dia adalah bidadari dari syurga. Dia sangat sempurna. Dia adalah puteri kami. Dia adalah Nala Ryan Dyrdek," tulis Rob.

Manakala Bryiana menerusi laman Instagramnya menyatakan hatinya kini sudah sempurna dan berterima kasih pada Rob yang banyak memberi sokongan.

"Hati saya sudah penuh sekarang. Terima kasih Rob sebab menjadi yang terbaik dan suami yang sentiasa memberi sokongan serta seorang ayah yang terbaik," kata Bryiana.

Terdahulu, pasangan ini sudah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kodah Dash Dyrdek pada bulan September 2016.

Tags / Kata Kunci: Rob Dyrdek , Bryiana Dyrdek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan