Scott Merayu Keluarga Kardashian Terima Sofia - Bintang Global | mStar

Scott Merayu Keluarga Kardashian Terima Sofia

Diterbitkan: Sabtu, 30 Disember 2017 5:30 AM

Hubungan Scott dan Sofia semakin serius.

(Ubah saiz teks)

BEKAS kekasih selebriti Kourtney Kardashian, Scott Disick dilihat semakin serius menjalin hubungan dengan model Sofia Richie, 19.

Malah, Scott, 34, juga mendesak dan merayu keluarga Kardashian untuk beri Sofia peluang dan mungkin ruang untuk muncul dalam program realiti Keeping Up With The Kardashian (KUWTK).

"Scott sangat terdesak untuk keluarga Kardashian terima kekasihnya, Sofia. Dia berharap sangat Sofia dibenarkan masuk dalam keluarga itu.

"Supaya kehidupan yang berjalan dengan mudah dan boleh ada peluang banyak untuk mereka sebagai pasangan kekasih," kata sumber pada HollywoodLife.com.

Bagaimanapun, Scott tidak mahu Kourtney atau ibu wanita itu, Kris Jenner masuk campur dalam urusannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan