Lindsay Lohan Tak Bayar Cukai RM400,000 - Bintang Global | mStar

Lindsay Lohan Tak Bayar Cukai RM400,000

Diterbitkan: Jumaat, 29 Disember 2017 5:30 AM

Lindsay Lohan dilaporkan gagal melunaskan cukai yang dikenakan terhadapnya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan yang kini terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM400,000).

Menurut majalah People, bintang Mean Girls itu gagal melunaskan cukai pada tahun 2010, 2014 dan 2015.

Pada tahun berkenaan, dia membintangi filem Machete selain membuat kemunculan dalam siri 2 Broke Girls dan program realiti, Lindsay.

Lindsay dikatakan gagal membayar cukai hasil daripada pendapatan yang diraih daripada projek berkenaan.

Pelakon bermasalah itu kini tidak tinggal di Amerika sebaliknya memilih London dan Dubai sebagai rumah keduanya.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan