The Rock Kongsi Berita Gembira - Bintang Global | mStar

The Rock Kongsi Berita Gembira

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 5:30 AM

The Rock dan kekasihnya, Lauren bakal timang anak perempuan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON The Rock atau Dwayne Johnson, 45, berkongsi berita gembira mengenai jantina bayi keduanya bersama kekasih, Lauren di laman Instagram.

The Rock memuat naik foto anak pertamanya, Jasmine dengan kapsyen memberitahu dia bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

"Ia adalah perempuan. Tak sabar nak jadi kakak dan akhirnya ketua!" tulis The Rock.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut.

Pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Tags / Kata Kunci: The Rock

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan