Persahabatan 12 Tahun Selena Gomez, Taylor Swift - Bintang Global | mStar

Persahabatan 12 Tahun Selena Gomez, Taylor Swift

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Selena Gomez memberitahu persahabatannya dengan Taylor Swift kini sudah terjalin selama 12 tahun iaitu ketika sama-sama mula menceburkan diri ke industri seni.

Selena berkata, dia mula rapat dengan penyanyi wanita itu apabila kedua-dua mereka bercinta dengan ahli kumpulan Jonas Brothers.

"Kami sama-sama pernah bercinta dengnan anggota Jonas Brothers dan tidak tahu kenapa kami boleh rapat hingga sekarang.

"Biarpun sama-sama berkarya sebagai penyanyi tapi saya dan Taylor, kami tidak bersaing tapi lebih mengutamakan persahabatan. Kami juga sering berhubung dan berkongsi pendapat tentang muzik," ujarnya.

Selena pernah bercinta dengan Nick Jones sekitar tahun 2008, manakala Taylor ketika itu menjalinkan hubungan dengan abang Nick iaitu Joe Jones.

"Hubungan kami dengan ahli Jones Brothers juga baik dan masih bersahabat. Dulu kami masih muda dan berbeza situasinya dengan sekarang," ujarnya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu kini kembali bercinta dengan Justin Bieber selepas putus dengan penyanyi rap The Weeknd.

Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , Selena Gomez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan