Siapa Mahu Beli Rumah Nicole Kidman, Keith Urban? - Bintang Global | mStar

Siapa Mahu Beli Rumah Nicole Kidman, Keith Urban?

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 5:15 AM

Rumah mewah milik pasangan pelakon ini dikatakan bakal di jual. Foto: Variety.Com

(Ubah saiz teks)

PASANGAN sensasi Hollywood Nicole Kidman dan Keith Urban menunjukkan rumah mewah mereka yang terletak di Franklin, Tennessee.

Menurut portal Variety.com, rumah tersebut dibina diatas tanah berkeluasan 14.5 hektar.

Tanah yang luas.

Ada sumber menjelaskan, pasangan pelakon ini dikatakan mahu menjual kediaman tersebut dengan harga US$3.4 juta.

Selain dikelilingi dengan keindahan alam yang memukau mata, rumah tersebut turut dilengkapi dengan rekaan perabut yang indah dan padanan warna yang menarik.

Cantiknya rumah ini kan?

Seluruh ruangan kediaman tersebut diserikan dengan warna-warna dasar seperti beige, putih dan coklat.

Kediaman mewah seluas 472.5 meter persegi itu terdapat empat bilik tidur dan enam bilik air, malah turut tersedia ruangan penyimpanan baju bersaiz besar dan gimnasium.

Perabot mewah yang melengkapi rumah tersebut.

Rumah mewah bak istana itu bakal dijual bersama rumah untuk tetamu.

Terdahulu, pelakon ini membeli rumah tersebut dengan harga US$2.4 juta pada tahun 2007.

Tags / Kata Kunci: Nicole Kidman , Keith Urban
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan