Harry Styles Ganti Katy Perry - Bintang Global | mStar

Harry Styles Ganti Katy Perry

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTUNJUKAN fesyen Victoria Secret 2017 di China pada Isnin depan nampaknya tidak berjalan seperti yang dirancang apabila Katy Perry terpaksa membatalkan persembahannya pada acara itu.

Menurut laporan portal NME, kerajaan negara China bertindak menarik balik visa Katy kerana kontroversi yang dilakukannya pada tahun 2015.

Katy sewaktu konsert di China dua tahun lalu dikatakan mengibar bendera Taiwan sehingga menimbulkan kemarahan pihak berkuasa China.

Selain Katy, model bagi pertunjukan itu, Gigi Hadid turut dihalang dari memasuki negara itu.

Akhirnya, pihak Victoria Secret terpaksa membatalkan persembahan Katy Perry dan diganti dengan penyanyi One Direction, Harry Styles.

Tags / Kata Kunci: Gigi Hadid , Katy Perry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan