The Weeknd Kembali Bercinta Dengan Bella Hadid? - Bintang Global | mStar

The Weeknd Kembali Bercinta Dengan Bella Hadid?

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 5:30 AM

The Weeknd dilihat kerap meluangkan masa dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid.

(Ubah saiz teks)

KISAH perpisahan antara penyanyi The Weeknd dan Selena Gomez nampaknya semakin menarik apabila masing-masing kembali ke pangkuan kekasih lama.

Jika Selena sudah kembali bersama Justin Bieber, The Weeknd pula dikhabarkan telah berbaik dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid.

Menurut laporan Hollywood Life, The Weeknd dilihat keluar dari apartmen model jelita itu pada 14 November lalu.

The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye dikatakan menghabiskan masa bersama Bella sebelum wanita itu berlepas ke China untuk pertunjukan fesyen.

Namun, teman-teman rapat Bella nampaknya tidak merestui perkara itu kerana bimbang dia akan disakiti sekali lagi oleh The Weeknd.

Penyanyi lagu Starboy itu mula bercinta dengan Bella pada 2015 sebelum berpisah pada Oktober 2016.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan