Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan - Bintang Global | mStar

Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 5:30 AM

Portal hiburan di Indonesia memuji sikap Bella yang mesra melayan anak tirinya, Aleesya. Foto IG: iamkumbre

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN pelakon Laudya Cynthia Bella dengan anak tirinya, Engku Aleesya dilihat semakin akrab.

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman Instagram, Bella menunjukkan dia sedang menyuap Aleesya menikmati makanan menggunakan tangan.

Ketika kejadian, Bella berada di Langkawi bagi menyokong suaminya, Engku Emran yang menyertai acara sukan pada Jumaat lalu.

Sebahagian rakaman Bella menyuapkan makanan kepada Aleesya yang disiarkan menerusi Instagram @laudyacynthiabella

Sikap penyayang ditunjukkan Bella mendapat pujian netizen terutamanya peminat negara seberang.

Menurut portal KapanLagi, kisah kebahagiaan keluarga ini sering menjadi perhatian peminat di Indonesia.

Rata-rata peminat di negara tersebut memuji kemesraan Bella terhadap anak tirinya itu dan berasakan pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 layak digelar ibu contoh.

Aleesya bersama dua ibu yang popular di Indonesia dan Malaysia.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira.

Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Laudya Cynthia Bella , Engku Emran , Aleesya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan