Khloe Sembunyi Perut Dengan Selimut - Bintang Global | mStar

Khloe Sembunyi Perut Dengan Selimut

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 5:05 AM

Khloe Kardashian menutup perutnya dengan sehelai selimut bagi mengelak daripada ia dirakam paparazi.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti Khloe Kardashian dilaporkan sedang hamil anak pertamanya walaupun tidak mengesahkan mengenai perkara itu secara terbuka.

Daily Mail bagaimanapun melaporkan berita itu mungkin benar apabila Khloe, 32, dilihat menutup perutnya dengan sehelai selimut ketika dia turun daripada jet peribadi di San Francisco pada Jumaat lalu.

Khloe dipercayai menutup perutnya dengan selimut itu bagi mengelak paparazi merakamkan gambar perutnya.

Turut kelihatan bersama adalahnya ada dua kakaknya, Kim dan Kourtney Kardashian.

Khloe yang dilaporkan sedang hamil tiga bulan hasil hubungannya dengan pemain bola keranjang Tristan Thompson, 26 tahun.

Tags / Kata Kunci: Khloe Kardashian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan