Andrew Garfield Masih Minat Emma Stone

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 5:00 AM

Andrew dan Emma pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN sudah berpisah pada 2015, Andrew Garfield masih lagi meminati bekas kekasihnya, Emma Stone yang juga seorang pelakon.

Bintang The Amazing Spider-Man itu berkata, dia sentiasa menyokong kerjaya Emma dan akan selalu menjadi peminatnya, lapor E! Online.

Dia mengulas mengenai hal itu sewaktu ditemui ketika tayangan filem baharunya, Breathe.

Ketika diajukan mengenai pendapatnya mengenai filem terbaharu Emma, Battle of the Sexes, dia berkata masih belum berkesempatan untuk menonton.

"Saya tak tengok lagi, tapi saya teruja untuk menontonnya nanti," ujar Andrew.

Andrew dan Emma mula berpacaran sewaktu sama-sama menjayakan filem The Amazing Spider-man pada 2010.

Pasangan popular itu bagaimanapun dilapor berpisah pada Oktober 2015 setelah lima tahun menjalin cinta.

Tags / Kata Kunci: Andrew Garfield , Emma Stone

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan