Tyra Banks, Erik Asla Berpisah - Bintang Global | mStar

Tyra Banks, Erik Asla Berpisah

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 5:05 AM

Tyra Banks dan Erik Asla berpisah selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

SUPERMODEL Tyra Banks dan teman lelakinya, Erik Asla mengumumkan perpisahan mereka selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Daily Mail melaporkan Erik yang juga seorang jurugambar profesional sudah berpindah dari kediaman Tyra sejak seminggu lalu.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu tiada 'drama' disebalik perpisahan itu sebaliknya masing-masing membuat keputusan itu selepas berbincang dengan baik.

Anak lelaki Erik dan Tyra iaitu York yang kini berusia 21 bulan.

Malah baik Erik, 53, dan Tyra, 43, berazam untuk terus mengekalkan hubungan baik demi menjaga anak lelaki mereka, York Banks Asla.

Mereka juga akan terus bekerjasama secara profesional pada masa hadapan.

Berita mengenai keretakan hubungan pasangan itu mula bertebaran sejak York dilahirkan pada Januari tahun lalu menerusi kaedah ibu tumpang.

Tags / Kata Kunci: Tyra Banks , Erik Asla , York Banks Asla
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan