Perrie Edwards Dikejarkan Ke Hospital - Bintang Global | mStar

Perrie Edwards Dikejarkan Ke Hospital

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 5:00 AM

Perrie mengalami masalah gastrik.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Little Mix iaitu Perrie Edwards dikejarkan ke hospital sebelum dijadualkan membuat persembahan dalam satu acara di Las Vegas.

Bintang pop itu dilaporkan mengalami masalah gastrik dan terpaksa membatalkan kemunculannya dalam acara Daytime Village 2017 Capitall One.

Jurucakap band itu dalam kenyataan kepada Mail Online berkata, Perrie mula sakit pada malam itu.

"Dia dibawa ke hospital dan tidak dibenarkan untuk meneruskan persembahan," ujar mereka.

Namun, ketiadaan Perrie tidak menghalang tiga lagi anggota kumpulannya, Jade Thirwall, Leigh-Anne Pinnock dan Jesy Nelson untuk meneruskan persembahan pada malam itu.

Dalam pada itu, Perrie kini dilaporkan sedang bercinta dengan pemain bola sepak, Alex Oxlade-Chamberlain.

Setelah konsert jelajah Little Mix berakhir, Perrie akan pulang ke London sementara kekasihnya, bekas pemain tengah Arsenal akan berpindah ke Liverpool.

Walaupun terpisah sejauh 220 batu, Perrie yakin hubungannya dengan pemain itu akan berjalan lancar.

Tags / Kata Kunci: Perrie Edwards
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan